SEJARAH RINGKAS DAERAH SABAK BERNAM
Mengikut
apa yang telah dapat dikumpulkan daripada orang-orang tua di Sabak
Bernam, bahawa nama Sabak Bernam ini adalah berpunca dari perkataan
'Sahabat Berenam'. Menurut ceritanya, adalah diketahui bahawa terdapat
seramai enam (6) orang yang bersaudara telah mudik ke hulu Sungai Bernam
dan mereka dapati ada sebatang kayu yang tumbang dan menghalang laluan
sungai. Mereka telah bertindak memotong kayu tersebut dan meneruskan
perjalanan ke hulu sungai. Sungguhpun kesahihan cerita ini tidak dapat
dibuktikan, namun terdapat sedikit sebanyak bukti yang berkaitan dengan
Sahabat Berenam ini iaitu kubur-kubur mereka dikatakan masih boleh
dijumpai hingga hari ini, iaitu di kawasan yang dikenali sebagai
keramat-keramat berikut :
-
Keramat Pantai Landu;
-
Keramat Kemboja;
-
Keramat Lubuk Pusing;
-
Keramat Sepong;
-
Keramat Kanji; dan
-
Keramat Teluk Rubiah.
Kesemua
mereka dipercayai meninggal dunia di tempat yang berbeza dalam Daerah
Sabak Bernam. Ada pendapat mengatakan, setiap seorang daripada mereka
meninggal dunia di Ulu Bernam, Pantai Landu, Seberang Kota, Sungai
Langatau Tanjung Medan, Keranji dan Pantai Kampung Kemboja. Sebab
kedatangan mereka pula tidak diketahui. Seorang daripada mereka yang
tiba di Keranji telah dianggap pahlawan oleh penduduk kampung itu kerana
membantu penduduk menentang orang-orang Aceh yang datang menyerang
Keranji.
Menurut
cerita yang lain pula, nama Sabak Bernam diperolehi daripada satu
peristiwa iaitu pada tahun 1880, terdapat seramai enam(6) orang iaitu
terdiri daripada bekas pembesar Aceh dan Sumatera yang telah
meninggalkan negeri masing-masing dan datang ke Tanah Melayu ini. Mereka
berenam yang merupakan golongan pembesar dan bangsawan dikatakan
melarikan diri akibat peperangan yang berlaku di negara mereka. Mereka
telah berpakat mengharungi Selat Melaka dan masuk ke kuala sebuah
sungai,yang mana sebelum itu sungai tersebut masih belum ada namanya
yang diketahui. Sungai ini kemudiannya dinamakan Sungai Bernam mangambil
sempena jumlah enam (6) orang ketua yang menyertai pelayaran tersebut.
Mereka
kemudiannya telah mudik ke hulu sungai tersebut. Dalam perjalanan untuk
bermalam, mereka telah berjumpa dengan satu tempat yang sedikit tinggi
seperti busut, maka disitulah mereka membuat pondok untuk
berteduh. Untuk memasak makanan, mereka telah menebuk tanah untuk
dijadikan sebagai tungku dapur. Maka dapur daripada tanah itulah
dipanggil sebagai 'Sabak' mengikut bahasa mereka.
Oleh
yang demikian, mengambil sempena peristiwa memasak makanan dengan dapur
yang diperbuat daripada tanah itu, maka kawasan itu diberi nama 'Sabak'
dan kerana mereka pula ada berenam orang, sungai yang menjadi
laluan tersebut dinamakan 'Sungai Bernam' dan tempat mereka tinggal pula
dinamakan 'Sabak Bernam'. Menurut cerita lagi, mereka yang berenam itu
terdiri daripada:
(i) Tuan Syed Ahmad;
(ii) Tuan Sharifah Intan/Mastura;
(iii) Tuan Sharifah Robiah;
(iv) Tuan Haji Salim;
(v) Datuk Dalang; dan
(vi) Datuk Menteri.
(i) Tuan Syed Ahmad;
(ii) Tuan Sharifah Intan/Mastura;
(iii) Tuan Sharifah Robiah;
(iv) Tuan Haji Salim;
(v) Datuk Dalang; dan
(vi) Datuk Menteri.
Tempat menarik
- Bagan Nakhoda Omar ialah sebuah pantai yang terpencil di daerah Sabak Bernam.
- Kelong Paradise Waterfront Resort
- Muzium Sabak Bernam
- Masjid Jin
- Ladang Mangga
- Lubuk Pusing
- Sabak Waterfront-ialah sebuah pusat kraf & batik yang terbesar di Selangor.
No comments:
Post a Comment